Kau renunglah wajahku
dimanakah hilangnya
raut seperti dulu
bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
kerana hati masih
sayang pada dirimu
tapi harapan makin kabur
manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
sepi walaupun bila bersama
dekat pun tetapi berjauh hati
manakah kita bila sering bertentangan sahaja
walaupun bibir cuba menafi
hati tak percaya tanya dengan jujur
manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah
tapi tak mahu kehilangan mu